Followers

Suka Blog Ini?

DEMI ALLAH YANG MAHA ESA,

SESUNGGUHNYA TIDAK DISEDIAKAN JALAN YANG MUDAH UNTUK MENUJU CINTA MU,

MENITIS AIR MATA TATKALA MERINDU,

MENITIS AIR MATA TATKALA MERASAKAN SEMAKIN MENJAUH,

TETAPI JANJI ALLAH TETAP SEGAR DAN MEKAR TANPA PENGKHIANATAN,

KERANA KU TETAP YAKINI ALLAH MENYATAKAN

“WAJIBLAH CINTAKU KEPADA ORANG-ORANG YANG BERKASIH SAYANG KEPADAKU”

(ASY-SYAHID HASSAN AL-BANNA)

Tuesday 9 October 2012

Kem Al-Mukhimul Qiadi Sesi Jun 2012


Pusat Islam PSMZA mengadakan Kem Al-Mukhimul Qiadi  pada 4-6 Oktober 2012 bertempat di Hutan Lipur Sekayu untuk kali ini.  Kem ini kebiasaannya disertai oleh barisan AJK Pusat Islam dan sahabat Pusat Islam yang terdiri daripada pelajar semester 1-6 dan  dipimpin oleh mantan-mantan AJK Pusat Islam dan pensyarah-pensyarah PSMZA.  

Kem Ini adalah berobjektifkan meningkatkan kepimpinan AJK Pusat Islam dan secara langsung dapat merapatkan ukhuwah sesama AJK dan mantan-mantan.  Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti explorace, jungle treking, qiamulai, latihan dalam kumpulan (LDK), ceramah, dan aktiviti-aktiviti berfaedah.

Kem ini diadakan di Hutan Lipur Sekayu bagi mendedahkan para peserta akan keindahan alam fauna dan menikmatinya serta bersyukur.  Selain daripada dua objektif tadi, banyak lagi faedah yang diperolehi daripada aktiviti yang diadakan antaranya dapat meningkatkan daya fizikal, menambahkan ilmu pengetahuan daripada ceramah yang diberikan, meningkatkan keyakinan menjadi seorang pemimpin dan sebagainya.

Bersujud PadaNya

Bulatan Ukhuwah!

Menguji Ketahanan Fizikal

Peserta Muslimin

Peserta Muslimah

AJK Masakan

Mantan Penasihat Pusat Islam, Mantan AJK Pusat Islam & AJK Pusat Islam.

Jungle Treking

Pengarah Program Memberi Ucapan

 
Sebelum Bertolak Balik Ke PSMZA

Video Kem Al-Mukhimul Qiadi
maaf atas kualiti video yang kurang memuaskan dan tak penuh.

Video disediakan oleh Ketua Lajnah Multimedia & PenerbitanSesi Jun 2012 
MyGuard Mgt

Read more...

Sunday 15 April 2012

Video Kem Al-Mukhimul Qiadi




(Keratan Akhbar KOSMO! 24 April 2012)


Alhamdulillah, Kem Al-Mukhimul Qiadi dapat bNumbered Listerjalan dengan lancarnya di Peladang Agro Resort Setiu. Kem ini disertai lebih kurang 60 orang peserta yang terdiri daripada AJK Pusat Islam, Sahabat Pusat Islam dan peserta biasa. Manta-mantan AJK Pusat Islam juga turut hadir bagi memeriahkan lagi kem ini. Kem ini berlangsung selama 3 hari 2 malam yang merangkumi program-program yang berfaeadah. Antaranya ialah ceramah kepimpinan, latihan dalam kumpulan (LDK), night walk, water confidence dan banyak lagi.

Pada hari terakhir kem, penyerahan watikah perlantikan bagi sem hadapan diadakan, tahniah kepada yang berjaya memegang jawatan dan diharap dapan menjalankan tugas dengan sebaiknya. Kem ditutup dengan tayangan video aktiviti sepanjang kem berlangsung.


sebelum play video, sila pausekan lagu dahulu.

Read more...

Sunday 18 March 2012

Video Kem Mahabbah Sesi Disember 2011

alhamdulillah, Program Mahabbah Sesi Disember 2012 kali ini berjalan dengan lancar walaupun peserta yang terlibat kurang daripada 100 orang bagi satu-satu sesi
(Muslimin & muslimah). kalau nk dibandingkan dengan semester-semester lepas, peserta yang hadir hampir memenuhi Pusat Islam. Ini bukan disebabkan kurangnya minat mereka terhadap program ini, tetapi pengambilan pelajar pada sesi kali ini adalah sangat sedikit.

Pada slot terakhir bagi sesi muslimin & muslimah, tanyagan video aktiviti sepanjang program berlangsung ditayangkan terus kepada peserta supaya mereka merasakan mereka dihargai dan melihat kembali apa yang mereka lakukan dengan tersirat.

Video tersebut boleh dilihat di bawah ini:


Muslimah - 9 Mac 2012

Muslimin - 10 Mac 2012


Video disediakan oleh Ketua Lajnah Multimedia & Perhubungan Sesi Disember 2012


Read more...

Thursday 8 March 2012

Program Mahabbah Sesi Disember 2011



Sudah sekian lama Blog Pusat Islam (Cakna Ummah) ini tidak di update, maklumlah sejak kebelakangan ini banyak kerja yang harus di siapkan. Pusat Islam PSMZA kali ini akan mengadakan atau akan menganjurkan satu program yang kebiasaannya di buat oleh Pusat Islam pada tiap-tiap semester. Program tersebut ialah Program Mahabbah. Program ini akan berlangsung selama 2 hari.

Program Mahabbah bertujuan merapatkan hubungan silatulrahim antara pelajar baru dan pelajar lama, program ini juga menganjurkan aktiviti-aktiviti islamik supaya para peserta dapat didedahkan dengan program-program berbentuk islamik.

Semoga dengan program yang di anjurkan oleh Jawatankuasa Pusat Islam ini dapat memberi kesan positif kepada para peserta khususnya. Apa yang baik itu semuanya daripadaNya. Sekian.

Read more...

Sunday 8 January 2012

Temuduga Pengambilan AJK Baru Pusat Islam Sesi Disember 2011

Temuduga akan diadakan seperti berikut:
hanya pelajar PSMZA Semester 1 sahaja diterima.


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
©November 2011 All rights reserved Pusat Islam PSMZA.|Cakna Ummah.