Followers

Suka Blog Ini?

DEMI ALLAH YANG MAHA ESA,

SESUNGGUHNYA TIDAK DISEDIAKAN JALAN YANG MUDAH UNTUK MENUJU CINTA MU,

MENITIS AIR MATA TATKALA MERINDU,

MENITIS AIR MATA TATKALA MERASAKAN SEMAKIN MENJAUH,

TETAPI JANJI ALLAH TETAP SEGAR DAN MEKAR TANPA PENGKHIANATAN,

KERANA KU TETAP YAKINI ALLAH MENYATAKAN

“WAJIBLAH CINTAKU KEPADA ORANG-ORANG YANG BERKASIH SAYANG KEPADAKU”

(ASY-SYAHID HASSAN AL-BANNA)

Tuesday, 9 October 2012

Kem Al-Mukhimul Qiadi Sesi Jun 2012


Pusat Islam PSMZA mengadakan Kem Al-Mukhimul Qiadi  pada 4-6 Oktober 2012 bertempat di Hutan Lipur Sekayu untuk kali ini.  Kem ini kebiasaannya disertai oleh barisan AJK Pusat Islam dan sahabat Pusat Islam yang terdiri daripada pelajar semester 1-6 dan  dipimpin oleh mantan-mantan AJK Pusat Islam dan pensyarah-pensyarah PSMZA.  

Kem Ini adalah berobjektifkan meningkatkan kepimpinan AJK Pusat Islam dan secara langsung dapat merapatkan ukhuwah sesama AJK dan mantan-mantan.  Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti explorace, jungle treking, qiamulai, latihan dalam kumpulan (LDK), ceramah, dan aktiviti-aktiviti berfaedah.

Kem ini diadakan di Hutan Lipur Sekayu bagi mendedahkan para peserta akan keindahan alam fauna dan menikmatinya serta bersyukur.  Selain daripada dua objektif tadi, banyak lagi faedah yang diperolehi daripada aktiviti yang diadakan antaranya dapat meningkatkan daya fizikal, menambahkan ilmu pengetahuan daripada ceramah yang diberikan, meningkatkan keyakinan menjadi seorang pemimpin dan sebagainya.

Bersujud PadaNya

Bulatan Ukhuwah!

Menguji Ketahanan Fizikal

Peserta Muslimin

Peserta Muslimah

AJK Masakan

Mantan Penasihat Pusat Islam, Mantan AJK Pusat Islam & AJK Pusat Islam.

Jungle Treking

Pengarah Program Memberi Ucapan

 
Sebelum Bertolak Balik Ke PSMZA

Video Kem Al-Mukhimul Qiadi
maaf atas kualiti video yang kurang memuaskan dan tak penuh.

Video disediakan oleh Ketua Lajnah Multimedia & PenerbitanSesi Jun 2012 
MyGuard Mgt

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
©November 2011 All rights reserved Pusat Islam PSMZA.|Cakna Ummah.