Followers

Suka Blog Ini?

DEMI ALLAH YANG MAHA ESA,

SESUNGGUHNYA TIDAK DISEDIAKAN JALAN YANG MUDAH UNTUK MENUJU CINTA MU,

MENITIS AIR MATA TATKALA MERINDU,

MENITIS AIR MATA TATKALA MERASAKAN SEMAKIN MENJAUH,

TETAPI JANJI ALLAH TETAP SEGAR DAN MEKAR TANPA PENGKHIANATAN,

KERANA KU TETAP YAKINI ALLAH MENYATAKAN

“WAJIBLAH CINTAKU KEPADA ORANG-ORANG YANG BERKASIH SAYANG KEPADAKU”

(ASY-SYAHID HASSAN AL-BANNA)

Sunday 18 March 2012

Video Kem Mahabbah Sesi Disember 2011

alhamdulillah, Program Mahabbah Sesi Disember 2012 kali ini berjalan dengan lancar walaupun peserta yang terlibat kurang daripada 100 orang bagi satu-satu sesi
(Muslimin & muslimah). kalau nk dibandingkan dengan semester-semester lepas, peserta yang hadir hampir memenuhi Pusat Islam. Ini bukan disebabkan kurangnya minat mereka terhadap program ini, tetapi pengambilan pelajar pada sesi kali ini adalah sangat sedikit.

Pada slot terakhir bagi sesi muslimin & muslimah, tanyagan video aktiviti sepanjang program berlangsung ditayangkan terus kepada peserta supaya mereka merasakan mereka dihargai dan melihat kembali apa yang mereka lakukan dengan tersirat.

Video tersebut boleh dilihat di bawah ini:


Muslimah - 9 Mac 2012

Muslimin - 10 Mac 2012


Video disediakan oleh Ketua Lajnah Multimedia & Perhubungan Sesi Disember 2012


Read more...

Thursday 8 March 2012

Program Mahabbah Sesi Disember 2011



Sudah sekian lama Blog Pusat Islam (Cakna Ummah) ini tidak di update, maklumlah sejak kebelakangan ini banyak kerja yang harus di siapkan. Pusat Islam PSMZA kali ini akan mengadakan atau akan menganjurkan satu program yang kebiasaannya di buat oleh Pusat Islam pada tiap-tiap semester. Program tersebut ialah Program Mahabbah. Program ini akan berlangsung selama 2 hari.

Program Mahabbah bertujuan merapatkan hubungan silatulrahim antara pelajar baru dan pelajar lama, program ini juga menganjurkan aktiviti-aktiviti islamik supaya para peserta dapat didedahkan dengan program-program berbentuk islamik.

Semoga dengan program yang di anjurkan oleh Jawatankuasa Pusat Islam ini dapat memberi kesan positif kepada para peserta khususnya. Apa yang baik itu semuanya daripadaNya. Sekian.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
©November 2011 All rights reserved Pusat Islam PSMZA.|Cakna Ummah.