SESUNGGUHNYA TIDAK DISEDIAKAN JALAN YANG MUDAH UNTUK MENUJU CINTA MU,
MENITIS AIR MATA TATKALA MERINDU,
MENITIS AIR MATA TATKALA MERASAKAN SEMAKIN MENJAUH,
TETAPI JANJI ALLAH TETAP SEGAR DAN MEKAR TANPA PENGKHIANATAN,
KERANA KU TETAP YAKINI ALLAH MENYATAKAN
“WAJIBLAH CINTAKU KEPADA ORANG-ORANG YANG BERKASIH SAYANG KEPADAKU”
(ASY-SYAHID HASSAN AL-BANNA)
Saturday, 30 March 2013
Kem Al-Mukhimul Qiadi Sesi Disember 2012
Alhamdulillah, Pusat Islam PSMZA kali ini mengadakan Kem Al-Mukhimul Qiadi bertempat di De' Teratai Beach Resort, Rantau Abang, Dungun. Kem ini berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 7-8 Mac 2013 berdekatan Pantai Rantau Abang. Kem kali ini disertai oleh seramai lebih kurang 50 orang peserta yang terdiri daripada pelajar semester 1-3. AJK yang sedang menjalani latihan industri & mantan-mantan
AJK turut hadir bagi menjayakan kem ini sebagai urusetia dan fasilitator.
Sepanjang kem ini berlangsung, banyak aktiviti-aktiviti yang diberikan kepada peserta bagi memantapkan lagi kepimpinan mereka selain daripada merapatkan ukhwah di antara mereka. Moderetor kem ini dijemput khas pihak luar bagi megetuai atau megendalikan aktiviti yang diadakan. Aktiviti-aktiviti yang diberikan berunsurkan kepimpinan, kerjasama dan ukhwah untuk mereka terus melatih diri mereka dalam berorganisasi kelak.
Keindahan alam semulajadi di tepi pantai dengan deruan ombak, tiupan angin memberikan peserta merasai dengan lebih mendalam akan kebesaran kejadian alam. Mereka juga dapat merasai sendiri keindahan alam disamping dapat bersolat di atas pasir di tepi pantai itu. Selain aktiviti yang dilakukan, pengisian rohani juga turut diberikan kepada peserta supaya mereka dapat mengisi ilmu mereka dengan ilmu yang berfaedah.
Pusat Islam mengucapkan Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kem ini samada secara langsung atau tidak langsung. Semoga dengan berlangsungnya kem ini dapat memberikan pendedahan kepada peserta tentang kepimpinan yang harus mereka fahami dan amalkan. Jazakallahu khairan kathira.
Bersolat Asar di Tepi Pantai Ber"sejadah"kan Pasir
Bersujud kepada Yang Maha Esa
Barisan Mantan Selaku Fasilitator Kem
Barisan Moderator & Fasilitator Kem
Bersama sebahagian peserta kem
Bersama sebahagian peserta muslimin
Peserta Muslimah & Fasilitator
Keindahan Deruan Ombak & Tiupan Angin Yang Memukau
No comments:
Post a Comment