Followers

Suka Blog Ini?

DEMI ALLAH YANG MAHA ESA,

SESUNGGUHNYA TIDAK DISEDIAKAN JALAN YANG MUDAH UNTUK MENUJU CINTA MU,

MENITIS AIR MATA TATKALA MERINDU,

MENITIS AIR MATA TATKALA MERASAKAN SEMAKIN MENJAUH,

TETAPI JANJI ALLAH TETAP SEGAR DAN MEKAR TANPA PENGKHIANATAN,

KERANA KU TETAP YAKINI ALLAH MENYATAKAN

“WAJIBLAH CINTAKU KEPADA ORANG-ORANG YANG BERKASIH SAYANG KEPADAKU”

(ASY-SYAHID HASSAN AL-BANNA)

Saturday, 30 March 2013

Kem Al-Mukhimul Qiadi Sesi Disember 2012

Alhamdulillah, Pusat Islam PSMZA kali ini mengadakan Kem Al-Mukhimul Qiadi bertempat di De' Teratai Beach Resort, Rantau Abang, Dungun.  Kem ini berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 7-8 Mac 2013 berdekatan Pantai Rantau Abang.  Kem kali ini disertai oleh seramai lebih kurang 50 orang peserta yang terdiri daripada pelajar semester 1-3.  AJK yang sedang menjalani latihan industri & mantan-mantan 

AJK turut hadir bagi menjayakan kem ini sebagai urusetia dan fasilitator.
Sepanjang kem ini berlangsung, banyak aktiviti-aktiviti yang diberikan kepada peserta bagi memantapkan lagi kepimpinan mereka selain daripada merapatkan ukhwah di antara mereka.  Moderetor kem ini dijemput khas pihak luar bagi megetuai atau megendalikan aktiviti yang diadakan.  Aktiviti-aktiviti yang diberikan berunsurkan kepimpinan, kerjasama dan ukhwah untuk mereka terus melatih diri mereka dalam berorganisasi kelak.

Keindahan alam semulajadi di tepi pantai dengan deruan ombak, tiupan angin memberikan peserta merasai dengan lebih mendalam akan kebesaran kejadian alam.  Mereka juga dapat merasai sendiri keindahan alam disamping dapat bersolat di atas pasir di tepi pantai itu.  Selain aktiviti yang dilakukan, pengisian rohani juga turut diberikan kepada peserta supaya mereka dapat mengisi ilmu mereka dengan ilmu yang berfaedah.

Pusat Islam mengucapkan Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kem ini samada secara langsung atau tidak langsung.  Semoga dengan berlangsungnya kem ini dapat memberikan pendedahan kepada peserta tentang kepimpinan yang harus mereka fahami dan amalkan. Jazakallahu khairan kathira.

Bersolat Asar di Tepi Pantai Ber"sejadah"kan Pasir

Bersujud kepada Yang Maha Esa

Barisan Mantan Selaku Fasilitator Kem

Barisan Moderator & Fasilitator Kem

 Bersama sebahagian peserta kem

Bersama sebahagian peserta muslimin

Peserta Muslimah & Fasilitator

 Keindahan Deruan Ombak & Tiupan Angin Yang Memukau


Video Kem Al-Mukhimul Qiadi Sesi Disember 2012

Read more...

Tuesday, 9 October 2012

Kem Al-Mukhimul Qiadi Sesi Jun 2012


Pusat Islam PSMZA mengadakan Kem Al-Mukhimul Qiadi  pada 4-6 Oktober 2012 bertempat di Hutan Lipur Sekayu untuk kali ini.  Kem ini kebiasaannya disertai oleh barisan AJK Pusat Islam dan sahabat Pusat Islam yang terdiri daripada pelajar semester 1-6 dan  dipimpin oleh mantan-mantan AJK Pusat Islam dan pensyarah-pensyarah PSMZA.  

Kem Ini adalah berobjektifkan meningkatkan kepimpinan AJK Pusat Islam dan secara langsung dapat merapatkan ukhuwah sesama AJK dan mantan-mantan.  Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti explorace, jungle treking, qiamulai, latihan dalam kumpulan (LDK), ceramah, dan aktiviti-aktiviti berfaedah.

Kem ini diadakan di Hutan Lipur Sekayu bagi mendedahkan para peserta akan keindahan alam fauna dan menikmatinya serta bersyukur.  Selain daripada dua objektif tadi, banyak lagi faedah yang diperolehi daripada aktiviti yang diadakan antaranya dapat meningkatkan daya fizikal, menambahkan ilmu pengetahuan daripada ceramah yang diberikan, meningkatkan keyakinan menjadi seorang pemimpin dan sebagainya.

Bersujud PadaNya

Bulatan Ukhuwah!

Menguji Ketahanan Fizikal

Peserta Muslimin

Peserta Muslimah

AJK Masakan

Mantan Penasihat Pusat Islam, Mantan AJK Pusat Islam & AJK Pusat Islam.

Jungle Treking

Pengarah Program Memberi Ucapan

 
Sebelum Bertolak Balik Ke PSMZA

Video Kem Al-Mukhimul Qiadi
maaf atas kualiti video yang kurang memuaskan dan tak penuh.

Video disediakan oleh Ketua Lajnah Multimedia & PenerbitanSesi Jun 2012 
MyGuard Mgt

Read more...

Sunday, 15 April 2012

Video Kem Al-Mukhimul Qiadi




(Keratan Akhbar KOSMO! 24 April 2012)


Alhamdulillah, Kem Al-Mukhimul Qiadi dapat bNumbered Listerjalan dengan lancarnya di Peladang Agro Resort Setiu. Kem ini disertai lebih kurang 60 orang peserta yang terdiri daripada AJK Pusat Islam, Sahabat Pusat Islam dan peserta biasa. Manta-mantan AJK Pusat Islam juga turut hadir bagi memeriahkan lagi kem ini. Kem ini berlangsung selama 3 hari 2 malam yang merangkumi program-program yang berfaeadah. Antaranya ialah ceramah kepimpinan, latihan dalam kumpulan (LDK), night walk, water confidence dan banyak lagi.

Pada hari terakhir kem, penyerahan watikah perlantikan bagi sem hadapan diadakan, tahniah kepada yang berjaya memegang jawatan dan diharap dapan menjalankan tugas dengan sebaiknya. Kem ditutup dengan tayangan video aktiviti sepanjang kem berlangsung.


sebelum play video, sila pausekan lagu dahulu.

Read more...

Sunday, 18 March 2012

Video Kem Mahabbah Sesi Disember 2011

alhamdulillah, Program Mahabbah Sesi Disember 2012 kali ini berjalan dengan lancar walaupun peserta yang terlibat kurang daripada 100 orang bagi satu-satu sesi
(Muslimin & muslimah). kalau nk dibandingkan dengan semester-semester lepas, peserta yang hadir hampir memenuhi Pusat Islam. Ini bukan disebabkan kurangnya minat mereka terhadap program ini, tetapi pengambilan pelajar pada sesi kali ini adalah sangat sedikit.

Pada slot terakhir bagi sesi muslimin & muslimah, tanyagan video aktiviti sepanjang program berlangsung ditayangkan terus kepada peserta supaya mereka merasakan mereka dihargai dan melihat kembali apa yang mereka lakukan dengan tersirat.

Video tersebut boleh dilihat di bawah ini:


Muslimah - 9 Mac 2012

Muslimin - 10 Mac 2012


Video disediakan oleh Ketua Lajnah Multimedia & Perhubungan Sesi Disember 2012


Read more...

Thursday, 8 March 2012

Program Mahabbah Sesi Disember 2011



Sudah sekian lama Blog Pusat Islam (Cakna Ummah) ini tidak di update, maklumlah sejak kebelakangan ini banyak kerja yang harus di siapkan. Pusat Islam PSMZA kali ini akan mengadakan atau akan menganjurkan satu program yang kebiasaannya di buat oleh Pusat Islam pada tiap-tiap semester. Program tersebut ialah Program Mahabbah. Program ini akan berlangsung selama 2 hari.

Program Mahabbah bertujuan merapatkan hubungan silatulrahim antara pelajar baru dan pelajar lama, program ini juga menganjurkan aktiviti-aktiviti islamik supaya para peserta dapat didedahkan dengan program-program berbentuk islamik.

Semoga dengan program yang di anjurkan oleh Jawatankuasa Pusat Islam ini dapat memberi kesan positif kepada para peserta khususnya. Apa yang baik itu semuanya daripadaNya. Sekian.

Read more...

Sunday, 8 January 2012

Temuduga Pengambilan AJK Baru Pusat Islam Sesi Disember 2011

Temuduga akan diadakan seperti berikut:
hanya pelajar PSMZA Semester 1 sahaja diterima.


Read more...

Wednesday, 14 December 2011

Hukum Sambutan Hari Krimas Oleh Umat Islam


Rata-rata masyarakat di dunia ini hidup dalam sebuah negara yang mempunyai pelbagai penganut berbeza agama. Manakala dalam setiap agama pula mempunyai tarikh-tarikh tertentu yang dirayakan bagi memperingati sesuatu peristiwa. Keadaan yang sama berlaku dalam negara Malaysia dan beberapa buah negara di Timur Tengah.

“Christmas Day” menurut orang Kristian adalah sambutan hari ulangtahun kelahiran anak Allah di muka bumi, iaitu Jesus. Walaupun di sana ada perselisihan pendapat pada tarikh kelahirannya, tumpuan utama adalah pada diri Jesus yang telah dikorbankan oleh Allah demi menghapuskan dosa-dosa manusia. Pengorbanan sebesar ini tidak patut dilupakan begitu sahaja, maka ia diingati dengan sambutan Hari Krismas. Jelas, perayaan ini disambut bersempena dua perkara ; Pertama : Jesus sebagai anak Allah dan kedua : pengorbanan Jesus yang disalib demi menebus dosa manusia.

Persoalan : Adakah perayaan ini boleh disambut oleh orang Islam dan bagaimana jika kita hanya mengucapkan tahniah/memberikan ucapan kepada masyarakat Kristian?

Jawapan : Hukum sambutan krimas ini boleh dibahagikan kepada dua :

1) Hukum Menyambut Perayaan Krismas Bersama Orang Kafir :

Ulamak bersepakat dalam PENGHARAMAN meraikannya atau turut serta dalam apa-apa sahaja bentuk sambutan yang berkaitan dengan perayaan orang kafir termasuk perayaan Krismas. Seperti yang telah diterangkan di atas, umat islam hanya mempunyai dua perayaan yang besar iaitu ‘Idulfitri dan ‘Iduladha.

Imam ibnu Qayyim menerangkan didalam kitabnya “Ahkam Ahli Zimmah” tentang hukum sambutan perayaan orang kafir : (TIDAK HARUS bagi orang mukmin itu menghadiri perayaan orang kafir dengan persetujuan semua para ulama. Perkara ini telah dijelaskan oleh para fuqaha’ mazhab empat dalam kitab mereka, berdasarkan hadis riwayat Imam Baihaqi daripada Umar bin Al-Khattab berkata “Janganlah kamu masuk bersama orang kafir ke dalam gereja mereka pada hari perayaan mereka, maka sesungguhnya kemurkaan diturunkan kepada mereka”).

Imam an-Nawawi juga menjelaskan dalam kitabnya Al-Majmu’ akan tegahan daripada bersama-sama dengan orang kafir di dalam majlis mereka kerana perbuatan tersebut memuliakan mereka dan dikira menyamakan kemuliaan orang mukmin dengan orang kafir, maka perkara tersebut adalah tidak harus.

Antara pendapat ulama dalam mengharamkan sambutan perayaan orang kafir adalah berdasarkan beberapa dalil antaranya :

• Sambutan tersebut menyerupai orang kafir. Pengharaman ini berdasarkan hadith baginda S.A.W. yang berbunyi :

حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا أَبُو النَّضْرِ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ ثَابِتٍ حَدَّثَنَا حَسَّانُ بْنُ عَطِيَّةَ عَنْ أَبِي مُنِيبٍ الْجُرَشِيِّ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Utsman bin Abu Syaibah berkata, telah menceritakan kepada kami Abu An Nadhr berkata, telah menceritakan kepada kami 'Abdurrahman bin Tsabit berkata, telah menceritakan kepada kami Hassan bin Athiyah dari Abu Munib Al Jurasyi dari Ibnu Umar ia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa bertasyabuh dengan suatu kaum, maka ia bagian dari mereka." “Barangsiapa yang menyerupai (meniru) suatu kaum (yang bukan Islam), maka dia tergolong dalam golongan mereka” (Hadith ke-3512 riwayat Imam Abu Daud)

• Penyertaan atau menyambut perayaan tersebut merupakan satu daripada tanda kita menyukai dan cinta kepada mereka. Allah S.W.T. berfirman :


Maksudnya : Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya Yang lain; dan sesiapa di antara kamu Yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka Sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum Yang berlaku zalim. (Surah Al-Maidah ayat 51)


Maksudnya : Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, Dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) Dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra Yang ada di antara kamu Dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) Yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari tanah suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra Dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa Yang kamu rahsiakan dan apa Yang kamu zahirkan. dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu Yang melakukan perkara Yang demikian, maka Sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan Yang betul.(Surah Al-Mumtahanah ayat 1)

• Perayaan merupakan hal keagamaan dan aqidah kaum tertentu, seperti dalam hadith Nabi S.A.W. :

حَدَّثَنَا عُبَيْدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ عَنْ هِشَامٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ دَخَلَ أَبُو بَكْرٍ وَعِنْدِي جَارِيَتَانِ مِنْ جَوَارِي الْأَنْصَارِ تُغَنِّيَانِ بِمَا تَقَاوَلَتْ الْأَنْصَارُ يَوْمَ بُعَاثَ قَالَتْ وَلَيْسَتَا بِمُغَنِّيَتَيْنِ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ أَمَزَامِيرُ الشَّيْطَانِ فِي بَيْتِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَذَلِكَ فِي يَوْمِ عِيدٍ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا أَبَا بَكْرٍ إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيدًا وَهَذَا عِيدُنَا

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami 'Ubaid bin Isma'il berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Usamah dari Hisyam dari Bapaknya dari 'Aisyah berkata, "Abu Bakar masuk menemui aku saat itu di sisiku ada dua orang budak tetangga Kaum Anshar yang sedang bersenandung, yang mengingatkan kepada peristiwa pembantaian kaum Anshar pada perang Bu'ats." 'Aisyah menlanjutkan kisahnya, "Kedua sahaya tersebut tidaklah begitu pandai dalam bersenandung. Maka Abu Bakar pun berkata, "Seruling-seruling setan (kalian perdengarkan) di kediaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam!" Peristiwa itu terjadi pada Hari Raya 'Ied. Maka bersabdalah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: "Wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kaum memiliki hari raya, dan sekarang ini adalah hari raya kita." (Hadith ke-899 riwayat Imam Bukhari)

Perayaan krismas menunjukkan akan aqidah mereka yang salah serta mensyirikkan Allah, maka tidak harus kita menyertainya.


2) Hukum Mengucapkan Tahniah/Memberikan Ucapan Perayaan Kepada Mereka :

Berhubung permasalahan mengucapkan tahniah kepada orang kafir pada perayaan mereka, terdapat perselisihan pendapat ulama. Ada yang membenarkan dan ada pula yang mengharamkan tindakan ini.

Imam Ibnu Qayyim mengharamkan ucapan tahniah ini dengan katanya dalam kitabnya “Ahkam Ahli Zimmah” pada Bab Ucapan Tahniah Kepada Ahli Zimmi : (dan adapun ucapan tahniah terhadap syiar yang telah dikhusukan kepada orang kafir adalah haram secara sepakat, seperti ucapan tahniah terhadap perayaan dan puasa mereka, dengan ucapan : Eid Mubarak ‘Alaika / tahniah atas perayaan ini, atau sebagainya).

Tetapi menurut Dr Yusuf Qardawi dalam fatwanya, beliau mengharuskan tindakan ini selagi mana kita tidak menyambut perayaan mereka dan sekadar ucapan tahniah kepada mereka sebagai tanda hubungan kemasyarakatan. Pendapat ini bersandarkan kepada firman Allah S.W.T. yang bermaksud :


Maksudnya : dan apabila kamu diberikan penghormatan Dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu Dengan Yang lebih baik daripadanya, atau balaslah Dia (dengan cara Yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (Surah An-Nisaa’ ayat 86)


Maksudnya : Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang Yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil. (Surah Al-Mumtahanah ayat 8)

Namun, perlu diingat bahawa ucapan yang ditujukan kepada mereka adalah suatu ucapan yang bukan digambarkan dengan keredhaan kita terhadap agama mereka tetapi semata-mata ingin menjaga hubungan dan berbuat baik kepada mereka. Sikap ini dari satu sudut menunjukkan Islam merupakan agama yang mengamalkan sikap toleransi dengan penganut agama yang lain dengan menjaga batasan syara’ yang telah ditetapkan.

Kesimpulan : Agama Islam merupakan agama yang menitikberatkan toleransi antara pengikutnya dan penganut agama lain. Namun, dalam masalah yang berkaitan dengan soal akidah, perkara ini adalah lebih utama. Berdasarkan kepada perbahasan yang telah diletakkan, kita dapat melihat penyelesaian kepada permasalahan adalah seperti berikut :

1. Haram menyambut perayaan orang kafir disebabkan kesalahan aqidah yang dianuti oleh mereka. Secara umumnya, perkara ini disamakan seolah-olah kita turut sama menyokong pendirian dan pegangan mereka.

2. Dibolehkan memberikan ucapan atau tahniah pada hari kebesaran mereka dengan syarat bukan disebabkan kita berasa gembira dengan perayaan ini tetapi hanya ingin menjaga hubungan kemasyarakatan dalam sebuah komuniti.
Apa yang paling penting ialah pendekatan yang digunakan oleh umat Islam dalam mendepani masyarakat berbeza bangsa dan agama dalam sesebuah kawasan. Cara ini perlu diberikan perhatian supaya Islam itu dapat diperlihatkan wajahnya yang indah dan kefahaman tentang suatu peristiwa itu dapat diperbetulkan.

Rujukan :

1. Al-Quran Al-Karim.
2. Sahih Al-Bukhari, karangan Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari.
3. Sahih Muslim, karangan Abul Husayn Muslim ibn al-Hajjaj Qushayri al-Nisaburi.
4. Sunan Abi Daud, karangan Abu Da'ud Sulayman ibn Ash`ath al-Azadi al-Sijistani.
6. Al-Majmu’, karangan Imam An-Nawawi.
7. Ahkam Ahli Zimmah, karangan Imam Ibnu Qayyim.
8. Al-Bidayah Wa An-Nihayah, karangan Imam Ibnu Kathir.
9. Tasamuh Fi Hadarah Islamiyah, karangan Dr Ikrimah Sobri.


Disediakan oleh,
Muhammad Hanif bin Jamaluddin,
Pemangku Pengerusi Fellow MANHAL PMRAM.
Sumber : Blog Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi

Read more...

Tuesday, 29 November 2011

Majlis Penangguhan Aktiviti Pusat Islam Sesi Jun 2011 (MPAPI) 11/11/11


Ketua Lajnah Dakwah & Tarbiyyah memulakan majlis dengan bacaan ayat suci Al-Qur'an.

Penasihat Pusat Islam, Ust. Jamali memberi sedikit ucapan.

Persembahan nasyid daripada Sahabat & AJK Pusat Islam.

Persembahan sajak perpisahan.

Sebahagian AJK muslimah.

AJK muslimin yang akan menjalani Latihan Industri.

Sahabat, AJK & Mantan muslimin.

Sahabat, AJK & Mantan muslimah.

Sedang menyaksikan Tayangan (video) Perdana MPAPI Sesi Jun 2011.



VIDEO MPAPI SESI JUN 2011
Video disediakan oleh Lajnah Multimedia & Perhubungan Sesi Jun 2011.

Read more...

Monday, 28 November 2011

Kem Ibadah Sesi Jun 2011 (20-22 Oktober 2011)


(Keratan Akhbar KOSMO! 1 November 2011)

Barisan peserta muslimin & muslimah bersama penasihat.

Sebahagian peserta muslimin.

Sebahagian peserta muslimah.

Penasihat (tengah)
Presiden (2 dari kanan)
Mantan Presiden (2 dari kiri)
Mantan Timbalan Presiden 1 (paling tepi)
Mantan Timbalan Presiden 1 (paling tepi)
Sahabat (depan)

VIDEO KEM IBADAH SESI JUN 2011

(Video disediakan oleh Ketua Lajnah Multimedia & Perhubungan Sesi Jun 2011)

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
©November 2011 All rights reserved Pusat Islam PSMZA.|Cakna Ummah.